Thursday 2 June 2011

Jadikanlah Harta Kekayaan Jambatan Ke Syurga

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.”

(Muslim)


AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud,

    “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

    “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari)

Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata:

    “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Dalam soal memberi sedekah itu, semua orang mampu melakukannya sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Apa yang utama ialah sikap dan niat kita mesti menjuruskan kepada ikhlas kerana Allah SWT. Banyak yang boleh seseorang sumbangkan sebagai sedekah pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah memberikan makan minum kepada orang berpuasa. Dalam masyarakat Melayu, menyediakan juadah untuk berbuka sentiasa diadakan di masjid, surau mahupun di madrasah. Hal itu sangat mulia dan wajar diteruskan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

    ’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi)

Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Alangkah indahnya tuntutan Islam ke atas umatnya kerana dengan pengamalan bersedekah khususnya ketika bulan Ramadan pasti membibitkan rasa kebersamaan dan semangat ukhwah yang mantap dalam kalangan ummah.

Justeru, ketika kita sedang asyik menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, segala amalan sunat dan amal makruf seperti bersedekah seharusnya diperbanyakkan dengan satu niat, hanya ingin mendapat reda Allah. Insya-Allah mereka yang pemurah dalam bulan Ramadan itu pasti ‘dekat dengan Allah’ dan Allah SWT meredainya serta diberikan ganjaran pahala yang besar.

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Wednesday 25 May 2011

JANGAN BINASAKAN DIRIMU...

 

Sahabatku ingin ku bercerita, semoga ceritaku ini bermanfaat dan bisa menjadi bahan renungan buat kalian para sahabatku yang sangat ku kasihi.

Suatu ketika, ada seorang sahabat memulakan ceramah dengan mengeluarkan selembar wang seratus ringgit yang baru. Kemudian dia bertanya "Siapa di antara kamu yang inginkan wang ini, jika diberikan ikhlas padamu?" Terus saja orang ramai mengangkat tangan menginginkan wang itu.

Katanya lagi " Ya, ini akan saya berikan, tapi sebelum itu biar saya melakukan hal ini dulu". Sahabat tersebut meremas wang kertas seratus ringgit itu, menjadi gulungan kecil yang kumal. Kemudian dia buka lagi ke bentuk asal : lembaran seratus ringgit, tapi sudah kumal sekali. Lalu dia bertanya " Siapa yang masih inginkan wang ini?" Tetap saja banyak yang mengangkat tangan, sebanyak yang tadi. "Okey, akan saya kasi wang ini, tapi biarkan saya melakukan hal ini". Dia menjatuhkan lembaran wang itu ke lantai, terus diinjak-injak pakai kasutnya yang habis berjalan di tanah becek sampai tidak karuan bentuknya. Dia tanya lagi" siapa yang masih inginkan wang ini?"

Tangan-tangan masih saja terangkat. Masih sebanyak tadi. "Nah, sahabatku, sebenarnya aku dan kau sudah mengambil satu nilai yang sangat berharga dari peristiwa tadi. Kita semua masih inginkan wang ini walau bentuknya sudah tidak karuan lagi. Sudah kotor,dan  kumal. Tapi nilainya tidak berkurang, tetap juga seratus ringgit.

Sama seperti kita. Walau kau tengah jatuh, tertimpa tangga pula. Tengah sakit, tengah hancur pula, atau kau gagal, tidak berdaya, terhimpit, dan merasa terhina, kecewa dan terkhianati, atau dalam keadaan apapun, kau tetap tidak kehilangan nilaimu.

Karana kau begitu berharga. Jangan biarkan kekecewaan, perasaan, ketakutan, sakit hati, menghancurkan kamu, harapanmu, atau cita-citamu." "Kamu akan selalu tetap berharga, bagi dirimu, bagi diriku, bagi sahabatmu, bagi sahabat yang lain dan kau tetap sama disisi Allah swt.

Dia, Tuhanmu, akan berlari mendekatimu, jika kau berjalan menuju-Nya. Aku pun sahabatmu akan melakukan hal yang sama, karana fitrah setiap diri kita akan mulia jika mencuba mendekati sifat-sifat Tuhan kita. Disanalah nilai dirimu berada."

Oleh karana itu belajarlah kita menghargai setiap usaha kita, karena itu adalah salah satu bentuk rasa syukur kita kepada Tuhan kita. Hargailah setiap nilai-nilai yang telah kita buat walaupun itu terlampau kecil di mata kita, tapi itulah hasil dari jerih payah kita. Semoga bermanfaat wahai sahabatku. InsyaAllah.

Wang Bisa Merosakkan Manusia

WANG BISA MEROSAKKAN MANUSIA?? Kenapa? Bukankah dengan adanya 'WANG' kita dapat segalanya...........manusia adalah manusia. Manusia berbeza-beza. Untuk apa kita perlu wang? Semua persoalan ini akan memberikan jawapan berbeza-beza jika ditanya kepada ‘remaja’ yang berbeza-beza.

“Shopping”, “melihat ciptaan Allah”, “melawat member kat Czech, sambil tu jalan-jalan gi Vienna, Berlin, Sarajevo (jauhnya sambil)”, “ikut senior”, “takde mende nak buat mase cuti, gi ar jalan”, “jaulah”, “saje, tengok tempat orang, bile lagi”, “menghayati keagungan Islam masa silam”, “alang-alang balik Malaysia, singgah ar Ausie, NZ, Beijing, Jepun” dan macam-macam lagi.

Berbaloi atau tidak perjalanan kita, kita yang tentukan. Jawapannya ada dalam hati kita. Sama ada kita menggunakan kurniaan wang dengan bermanfaat atau kita menzalimi rakyat yang sedang menderita kesusahan, kita sendiri yang tahu. Tepuk dada, tanya iman.Kadang-kadang saya menginsafi kelemahan saya dalam perakaunan bila saya melihat situasi itu berlaku. Apatah lagi orang macam saya ini, kalau mempelajari sesuatu, memang betul-betul menjiwai. Amat malang jika ada mana-mana individu yang meletakkan penerimaan nikmat dari segi kewangan melupai untuk mensyukuri nikmat Allah yang Maha Memberi.Jadi dengan itu saya ingin membawa sidang pembaca sekalin untuk meneliti sebuah kisah tentang Qarun dan semoga  kita menjadikan cerita ini sebagai tauladan.Kisah yang diceritakan Allah dalam Al-Qur’an itu, sudah pasti kisah nyata yang terjadi sebelum lahirnya agama Nasrani dan Islam. Satu kisah yang menggambarkan watak manusia yang diperankan oleh Qarun, dimana watak itu akan selamanya ada..

“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Nabi Musa, maka ia berbuat yang melampaui batas atas mereka, dan Kami berikan kepadanya perbendaharaan harta, yang kunci-kuncinya amat berat yang dipikul oleh sekelompok orang yang bertenaga kuat. (Ingatlah) tatkala kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau membanggakan diri, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri.” (Al-Qashas: 76)

Di dalam surat Al-Qashas ayat 76 sehingga ayat 82, Allah menceritakan kisah Qarun, seorang kaya raya yang masih mempunyai pertalian kekerabatan dengan Nabi Musa AS. Kekayaan itu luar biasa sehingga untuk memikul kunci-kunci gudang hartanya, orang-orang sangat kuat. Tapi justeru dengan kekayaannya itu, Qarun telah bertindak sewenang-wenang dan melampaui batas. Dia mengatakan bahawa semua yang dimilikinya itu, semata-mata didapatkan karena kelebihan ilmu yang dimilikinya. Berulangkali kaumnya menyedarkannya, agar kekayaannya itu dimanfaatkan untuk hari akhiratnya tanpa melupakan bagian dunianya. Namun jawapannya adalah dengan mendemonstrasikan kekayaannya di tengah khalayak ramai. Semua yang dapat dibanggakan, pada hari itu ia pamerkan di hadapan masyarakat, sehingga rasa iri, rasa ingin memiliki dan perasaan kecewa meliputi orang-orang yang melihat tingkah laku Qarun. Sebagian orang menyesali dirinya, mengapa tidak bernasib seperti Qarun yang kaya raya itu. Namun orang-orang yang masih beriman kepada Allah serta suka beramal. Segera memperingatkan, bahwa pemberian Allah yang disertai kesyukuran, walaupun bagaimana kecilnya, jauh lebih baik dari memiliki harta yang berlimpah-ruah, tetapi tidak kenal dan tak mahu tahu dengan peraturan Allah.

Dalam suasana kebanggaan Qarun yang demikian tiba-tiba terjadilah longsor tanah di tempat Qarun berpijak, sehingga ia dan harta yang dibanggakannya itu lenyap ditelan bumi.

Menyaksikan peristiwa itu, orang-orang yang meresa kecewa karena tidak memiliki harta seperti yang apa yang dimiliki Qarun menjadi sadar dan yakin bahwa Allah telah berbuat bijaksana dengan qadha dan qadar yang ditetapkan kepada para hanba-Nya. Dan Allah tidak akan pernah memberikan keberuntungan yang kekal kepada orang-orang yang demikian.

Watak Qarun itu, adalah perpaduan antara sifat iblis yang sombong denga sifat manusia yang suka lupa daratan, lupa diri bila melihat dirinya serba berkecukupan. Qarun merasa, bahwa harta yang didapatkannya itu, adalah semata-mata hasil jerih payahnya. Dalam satu waktu yang bersamaan dia membanggakan ilmu dan harta yang ia miliki. Dengan perasaan bangga memiliki kelebihan yang jarang didapatkan orang lain, sebenarnya ia telah menunjukan kelemahan diri, rendahnya budi pekerti, sifat rakus yang mengenyampingkan jasa orang yang membantunya dan melupakan adanya Allah sebagai Pencipta.

Watak Qarun jauh lebih buruk dari iblis, sebab iblis masih mempercayai akan adanya Allah. Sementara Qarun sendiri, dengan membanggakan materi yang dimilikinya, telah mendustakan adanya Allah, yaitu dengan mengatakan: “Semua itu kuperdapat, karena ilmu yang ada padaku.” Watak inilah yang menjadi bibit 'aliran materialistis'. Hal ini pulalah yang diperingatkan Allah dalam surat Al-Humazah, dimana banyak manusia merasa akan kekal abadi didunia ini bila ia memiliki harta sebanyak-banyaknya.

Sejalan dengan kisah Qarun, Allah pun telah menunjukkan betapa sebenarnya sifat manusia yang tidak punya pendirian dan mudah terpedaya oleh sesuatu yang mempesona. Bahkan manusia pada umumnya, bila tidak memiliki pedoman yang dilandasi aqidah yang teguh, mereka akan selalu diombang-ambingkan keadaan. Apabila mereka melihat sesuatu kelebihan yang dimiliki orang lain, seketika mereka merasa iri, kecewa kepada diri sendiri, mengapa tidak memiliki seperti kelebihan yang dimiliki orang lain itu? Ketika itu, mereka tidak perduli nasihat dan pandangan dari siapapun.

Memang demikian halnya, apabila manusia menjadikan hawa nafsu, kesenangan syahwat dan cinta dunia sebagai dasar pendiriannya, maka ketika itu segala sesuatu yang dapat memadamkan atau mengurangi keleluasaan nafsu itu, akan dianggap sebagai penghalang yang harus dijauhi dan dihindari. Namun, manakala akibat mangabaikan nasehat muncul berupa bencana, maka secara mendadak, manusia akan berbalik seratus delapan puluh drajat kepada pendirian yang membenarkan nasihat itu.

Allah mengabarkan kisah ini di dalam Al-Qur’an agar kita mengambil
pelajaran dari Qarun.Kita harus selalu mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan dan tidak boleh sombong karananya.Jika kita diberikan kelebihan harta kekayaan, kita tidak boleh pamer dan membanggakannya kepada teman-teman kita.Dan jika Allah memberikan karunia berupa harta dan kepandaian kepada orang-orang yang lain lebih baik dari kita, kita tidak boleh iri hati. Itu tidak berarti Allah lebih sayang pada mereka. Karena Allah hanya mencintai dan akan memberikan pahala bagi orang-orang yang taat kepada-Nya, kepada orang-orang yang beramal shalih dan orang-orang yang sabar.

Berbalik kepada cerita asal... Mengapa saya bersyukur lemah dalam perakaunan? (pelik, macam tak mahu dapat keputusan cemerlang pulak...) sebab saya dah melihat sesuatu walaupun pandangan saya agak sterotaip. Mengapa? Kerana saya melihat bahawa diantara orang-orang yang bergaji besar dan mempunyai pangkat Datuk, ia sungguh berbeza dengan orang biasa (melainkan mereka menjiwai pangkat dan harta itu suatu pinjaman). Tidakkah mereka sedar bahawa Qarun dan hartanya tenggelam di dalam tanah kerana kesombongannya?

Lihatlah Qarun, Allah memberikan kepadanya
harta yang melimpah. Apakah karena Allah lebih
sayang padanya? Tidak! Bahkan ia ditimpa siksaan Allah.
Karena itu kita harus berhati-hati






jangan sombong...!                                                
jangan suka pamer...!
jangan dengki terhadap kelebihan orang lain...!
Rakan-rakanku tidak ingin seperti Qarun bukan...??
Muhasabahlah diri kita..

Perkembangan & Peranan Mata Wang Islam

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai Nabi dan Rasul tetapi Baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan  Nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur. Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian dan juga berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi.

Perkembangan dan peranan mata wang Islam sehingga abad ke 18.
  • Penubuhan Negara Islam Madinah  pada tahun 622M menandakan bermulanya Tamadun Islam
  • Mencetuskan era baru dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi
  • Selaras dengan perkembangan ekonomi Tamadun Islam, wujudlah mata wang Islam
Sejarah perkembangan :
Mata wang zaman Khulafa Al-Rasyidin :
      
  • Mula dicipta pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab ( 634-644M )
  • Standardasi yang digunakan ialah wang perak
  • Pada zaman khalifah Ali, mata wang Islam ditulis dengan Khat Koufi dan pusat pengeluarannya di Kota Basrah.
Mata wang zaman bani Umayyah :
  • Abdul Malik bin Marwan perkenalkan dinar emas (694-695M) pusat pengeluarannya di Damsyik
  • Gabenor Iraq, Hajjaj Yusof al-Thaqafi mencetak wang perak di Kufah (696M)
  • Gabenor Mesir, Abdul Aziz bin Marwan menghasilkan dinar emas bertulis perkataan “Dengan Nama Allah” mulai 697M.
  • “Fals” mata wang asing yang diubah suai mengikut Islam.
Mata wang zaman Bani Abbasiyah :
  • Peringkat pertama dicetak disemua bandar baru seluruh dunia Islam
  • Cetakan pertama dilakukan pada zaman pentadbiran Khalifah Abu Jaafar Al-Mansor (754-775M)
  • Pada zaman Al-Ma’mum (813-833M) cetakan wang diselaraskan di Baghdad. Mata wang ini diguna pakai dengan meluas
  • Dinar emas terakhir dicetak pada 1258M selepas kejatuhan Baghdad.
Mata wang Islam di Asia Tenggara :
  • Kerajaan Samudera pasai telah menghasilkan wang emas yang bertulisan Arab dan bersaiz kecil
  • Zaman kesultanan Melayu Melaka, wang emas mula digunakan pada zaman Sultan Muzaffar shah hingga zaman Sultan Ahmad Shah
  • Di Johor, wang emas dan perak dengan inskripsi Arab mula diedarkan pada 1527M. Wang perak (Katun) pula diperkenalkan pada 1600M.
  • Di Brunei, peringkat awal mata wang Islam diimport dari Negara Timur Tengah. Mata wang Brunei paling awal bermula pada masa pemerintahan Sultan Nasaruddin 1690-1710M)
Peranan Mata Wang :
Pembayaran Zakat :
  • Kewajipan zakat disebutkan dalam al-Quran
  • Nisab dan kadar zakat ditentukan dalam hadis
  • Jenis-jenis zakat seperti zakat perniagaan, emas, perak dan sebagainya
Pembayaran cukai :
  • Kadar cukai yang dibayar oleh umat Islam dan bukan Islam berdasarkan mata wang dirham. Contoh cukai Kharaj ialah 10 dirham bagi setiap unit tanah pertanian
Urusan perniagaan :
  • Sejak zaman Rasulullah lagi semua urusan perdagangan, jual beli, hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya sistem barter
Belanjawan :
  • Penentuan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal, sewaan, cukai tahunan dan sebagainya berdasarkan mata wang. Contoh bayaran gaji tentera kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiah
Alat perimbangan sosial :
  • Mata wang dapat memelihara keseimbangan sosial masyarakat kerana dapat mengelakkan penipuan dan penindasan yang berlaku dalam sistem barter
 Lambang Negara Islam :
  • Mata wang menjadi artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah negara.
  • Mata wang menjelaskan agama, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta pengaruh yang diterima oleh sesebuah negara.
Kesimpulan :
  • Islam turut mementingkan aktiviti ekonomi
  • Penggunaan mata wang Islam dengan peranannya yang pelbagai dalam Tamadun
  • Islam membuktikan bahawa Islam  amat memberatkan keadilan dalam ekonomi.

Tuesday 24 May 2011

KE ARAH MASYARAKAT CELIK WANG

Duit tidak datang dengan sendirinya. Perlukan masa dan usaha yang kental untuk menikmatinya. Duit boleh beli apa-apa sahaja tetapi dalam masa yang sama, duit tak boleh beli semuanya.Cara kita menikmati kemewahan hidup kadang kala melampaui batas. Kita perlu bijak dalam membuat apa-apa keputusan. Boros amatlah ditegah dalam kehidupan kita khususnya agama Islam. Oleh Demikian saya ketengahkan isu "CELIK WANG" dalam kalangan masyarakat kini.Untuk makluman pembaca sekalian, adakah anda tahu apakah maksud "Celik Wang". Celik wang bermaksud bijak menggunakan. Mungkin ramai dikalangan kita semua yang tidak bijak dalam menguruskan wang. Jika anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut,teruskan membaca perkongsian yang bakal saya bicarakan.

Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah dalam surah Yusuf ayat 67.     
Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah. Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari. Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18.Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah.

    Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Perlu kita ingat mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah kepada kita yang perlu kita jalankan dengan sebaik mungkin. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.

   Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas.Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 61.Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik.

      Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba' ayat 15 - 16 dan surah al-Nisaa' ayat 10 dan 161. Mengikut konsep pengurusan harta dalam islam.Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam. Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10.

Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan.
Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48.

Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya.Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48.

Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195.

    Aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan.

   Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah.Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat.Intihannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna berdasarkan syariat islam.Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya.
Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf.

   Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan???"Cuba Kalian Renungkan.......













Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah.

AJK PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA

1. Pemgerusi: Pn. Hajah Mazenah Bt Mohammed
2. Timbalan Pengerusi: En. Nazri Bin Mohammad
3. Naib Pengurusi 1: Pn. Hajah Zakiah Zailani Bt Mak Zain
4. Naib Pengerusi 2: Tn. Haji Muhammad Hamin Bin Muhammad Haji Hassan
5. Naib Pengerusi 3: En. Muhammad Syukri Bin Abu Bakar
6. Naib Pengerusi 4: En. Abdul Halim Bin Omar
7. Setiausaha: Pn. Rozida Bt Abdul Kadir
8. Ahli: Pn. Norizan Bt Hasyim (GK Bahasa)
             En. Wan Kamaruddin Bin Hussein (Guru ICT)

Selamat Datang


بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
 

Selamat datang ke laman saya dan saya berharap laman saya ini dapat memberi manafaat dan kebaikan kepada anda semua.Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanafaatkan oleh anda sekalian. 
Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat".

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman saya.
Sekian terima kasih.